Wednesday, 21 March 2012

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain,umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.Berikut diterangkan asal-usul setiap solat mula dikerjakan:

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
                 RAKAAT PERTAMA:Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
                 RAKAAT KEDUA:Tanda syukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s..Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
                RAKAAT PERTAMA:Tanda syukur bagi penebusan
                RAKAAT KEDUA:Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
                RAKAAT KETIGA:Tanda syukur dan memohon akan keredaan Allah SWT
                RAKAAT KEEMPAT:Tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan kibas

ASAR

Manisia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
              RAKAAT PERTAMA:Kelam dengan kesalahan
              RAKAAT KEDUA:Kelam dengan air laut 
              RAKAAT KETIGA:Kelam dengan malam
              RAKAAT KEEMPAT:Kelam dalam perut ikan Nun

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s.iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur Nabi Isa a.s.,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
                  RAKAAT PERTAMA:Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Maha Esa
                  RAKAAT KEDUA:Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
                   RAKAAT KETIGA:Untuk meyakinkan kaumnya  bahawa Tuhan itu satu iaitu Allah SWT semata-mata tiada dua atau tiganya

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..Pada ketika itu.Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

                  RAKAAT PERTAMA:Tanda dukacita terhadap isterinya
                  RAKAAT KEDUA:Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
                  RAKAAT KETIGA:Tanda dukacita terhadap Firaun
                  RAKAAT KEEMPAT:Tanda dukacita terhadap anak Firaun

No comments:

Post a Comment