Friday 30 March 2012

TATKALA TUHAN MENCIPTA MANUSIA

AL-QURAN menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah SWT, yakni Adam a.s., dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38,seperti berikut:

Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi;" mereka berkata: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."(30)

Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama-nama seluruhnya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat, lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepada Aku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar."(31)

Malaikat berkata, "Mahasuci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami.Sesungguhnya Engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana."(32)

Allah berfirman, "Wahai Adam, terangkanlah nama benda-benda ini semua kapada mereka." Maka setelah Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang  kamu sembunyikan?"(33)

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Adam." lalu mereka semua tunduk memberi hormat, melainkan iblis. Dia enggan dan takbur, dan jadilah dia dari golongan yang kafir.(34)

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa sahaja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu hampiri) maka akan jadilah dari golongan orang yang zalim."(35)

Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Kami berfirman: "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan hingga kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."(36)

Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihi.(37)

Kami berfirman :"Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka dan mereka pun tidak akan berduka".(38)

Monday 26 March 2012

10 PERINGATAN BUMI

(Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.)

Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.Berkata Anas r.a.:"Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."


  1. Wahai anak Adam!Berjalanlah di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
  2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan diazab di dalam perutku .
  3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan bersedih di dalam perutku.
  5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
  6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
  7. Engkau angkuh di  atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan dihina di dalam perutku.
  8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina.
  9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
  10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Thursday 22 March 2012

SURAH AL-IKHLAS

Surah ini dinamakan surah Al-Ikhlas dan ertinya adalah bersih atau kemas.Inilah adalah beberapa kebaikan yang akan diperolehi jika membaca dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas.

  1. Sesiapa yang membaca dan mengamalkannya maka dia akan dilepaskan daripada kesusahan-kesusahan duniawi,dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut,dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian Hari Kiamat.
  2. Ibnu Syibab Al-Zuhi menerangkan Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas seolah-olah dia membaca sepertiga Al-Quran".
  3. Riwayat dari Sayidina Ali r.a.: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11kali sesudah solat Subuh,maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk memperbuat dosa meskipun syaitan itu dengan bersungguh-sungguh hendak menggodanya pada hari itu."
  4. Saidatina Aisyah r.a. menerangkan dari Rasulullah s.a.w.:"Barangsiapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat,surah Al-Fatihah 7kali,surah al-Ikhlas 7kali,surah Al-Falaq 7kali dan surah Al-Nass 7kali,maka Allah SWT akan melindungunya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang."
  5. Dari Sayidina Ali r.a. dari Rasulullah s.a.w.:"Barangsiapa hendak bermusafir kemudian ketika hendak meninggalkan rumahnya dia membaca surah Al-Ikhlas 11kali,maka allah SWT memeliharakan rumahnya sampai dia kembali."
  6. Sayidina Anas r.a.menerangkan dari Rasulullah s.a.w.;"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas 30kali,maka Allah SWT akan menulis barakah,selamat dari api neraka dan aman dari azab pada Hari Kiamat." 
  7. Imam Sayuti r.a. menerangkan dalam kitabnya ADDURRUL MANTSUR riwayat dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengatakan :"Barangsiapa ada hajat hendaklah berwuduk dan solat 4 rakaat dengan sekali salam.Rakaat pertama membaca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 11kali,rakaat kedua membaca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 21kali,rakaat ketiga membaca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 30kali,rakaat keempat membaca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 41kali.Apabila sudah memberi salam,sebelum berkata-kata membaca surah A-Ikhlas 50kali,selawat ke atas Nabi s.a.w.50kali,istighfar 50kali,Laa haula walaa quwwata illa billaahilalyyil aziim 50kali, kemudian dia meminta hajatnya kepada Allah, maka insyaAllah Allah SWT akan menunaikan hajatnya." 

Wednesday 21 March 2012

SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain,umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad di mana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.Berikut diterangkan asal-usul setiap solat mula dikerjakan:

SUBUH

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.Apabila fajar subuh telah keluar,nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
                 RAKAAT PERTAMA:Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
                 RAKAAT KEDUA:Tanda syukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s..Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
                RAKAAT PERTAMA:Tanda syukur bagi penebusan
                RAKAAT KEDUA:Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
                RAKAAT KETIGA:Tanda syukur dan memohon akan keredaan Allah SWT
                RAKAAT KEEMPAT:Tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan kibas

ASAR

Manisia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu telah masuk waktu asar.Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
              RAKAAT PERTAMA:Kelam dengan kesalahan
              RAKAAT KEDUA:Kelam dengan air laut 
              RAKAAT KETIGA:Kelam dengan malam
              RAKAAT KEEMPAT:Kelam dalam perut ikan Nun

MAGHRIB

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s.iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.Bersyukur Nabi Isa a.s.,lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
                  RAKAAT PERTAMA:Untuk menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Maha Esa
                  RAKAAT KEDUA:Untuk menafikan tuduhan dan juga tomahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
                   RAKAAT KETIGA:Untuk meyakinkan kaumnya  bahawa Tuhan itu satu iaitu Allah SWT semata-mata tiada dua atau tiganya

ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..Pada ketika itu.Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari Madyan,sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

                  RAKAAT PERTAMA:Tanda dukacita terhadap isterinya
                  RAKAAT KEDUA:Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
                  RAKAAT KETIGA:Tanda dukacita terhadap Firaun
                  RAKAAT KEEMPAT:Tanda dukacita terhadap anak Firaun