Monday 16 April 2012

SURAH AL-FALAQ DAN AN-NAAS

Kelebihan membaca dan mengamalkan SURAH AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAAS




  • Aisyah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, beliau membaca surah Al-Falaq dan surah An-Naas.Ditiupkan pada kedua tapak tangan kemudian disapukan ke seluruh tubuh dan kepala.
  • Sayidina Ali r.a. menerangkan: Pernah Rasulullah s.a.w. digigit kala jengking, kemudian beliau mengambil air garam.Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Naas lalu disapukan pada anggota yang digigit kala jengking tadi.
  • Uqbab bin Amir menerangkan: Ketika saya sesat di jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah s.a.w. beliau membaca surah Al-Falaq dan surah An-Naas dan aku pun disuruh untuk membacanya juga.
  • Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca surah Al-Falaq dan surah An-Naas sebanyak 41 kali.3,5 atau 7 hari berturut-turut.
  • Barangsiapa takut akan godaan syaitan atau manusia atau takut dalam kegelapan malam atau takut kekejaman raja, bacalah surah Al-Falaq dan surah An-Naas sebanyak 100 kali.
  • Uqbab menerangkan, Rasulullah s.a.w. berkata: "Mahukah aku ajarkan kepadamu dua buah surah tidak terdapat bandingannya dalam Zabur,Taurat dan Injil?" Saya menjawab: "Baiklah  ya Rasulullah." Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca surah Al-Falaq dan surah An-Naas.

Friday 13 April 2012

PUASA SUNAT

PUASA SUNAT YANG ELOK DIAMALKAN


  1. Puasa hari Isnin dan Khamis.Kenapa puasa hari Isnin dan Khamis ini besar fadilatnya Ini adalah sunnah Nabi s.a.w.Memang Nabi s.a.w. puasa Isnin dan Khamis.Ini kerana amalan manusia dibentangkan pada hari Isnin dan hari Khamis.Oleh itu.Nabi s.a.w. suka amalannya dibentangkan dalam hal keadaan berpuasa.
  2. Puasa tiga hari setiap bulan.Ini mungkin senang sikit nak amal.tak kisah  hari apa atau tarikh bila.Dalam sebulan ada 30 hari.Ambil 3 hari sahaja untuk berpuasa.Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan.Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13,14 dan 15 setiap bulan Hijrah.Pada 3 tarikh ini,bulan sedang mengambang penuh.Jadi cahaya bulan menerangi bumi.Sebab itulah dinamakan hari putih.Sabda Nabi s.a.w.:Maksudnya;"Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan,maka puasalah pada hari ke 13,14 dan 15."
  3. Puasa selang hari.Puasa hari ini,esok tak puasa,lusa puasa,tulat tak puasa.Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.Sabda Nabi s.a.w.:maksudnya."Seafdal-afdal puasa ialah puasa Nabi Daud.Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka sehari."
  4. Puasa pada hari Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji.Hari Arafah ini adalah hari ke9 Zulhijjah.Puasa hari ini pun dahsyat fadilatnya.Rugi sangatlah kalau puasa hari Arafah ditinggalkan.Maklumlah sudah dekat dengan Hari Raya Aidiladha.Sabda Nabi s.a.w.:Maksudnya."Puasa hari Arafah,aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya."
  5. Selain itu,amatlah elok juga puasa pada hari ke8 Zulhijjah.Maknanya 2 hari berturut-turut.Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w. untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah.
  6. Puasa pada bulan-bulan "Haram" iaitu bulan Muharram,Rejab,Zulkaedah dan Zulhijjah.Tidaklah puasa 4 bulan penuh tetapi membanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.Sabda Nabi s.a.w.:Maksudnya,"....Dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Allah iaitu bulan Muharram."
  7. Puasa bulan Syaaban.Ini pun besar fadilatnya.Nabi s.a.w. memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang deceritakan oleh isterinya Aishah r.h.a.
  8. Puasa enam Syawal.Puasa ini dilakukan dalam bulan syawal sebanyak 6 hari.Boleh dilakukan secara berturut-turut atau selang-seli.Sabda Nabi s.a.w.Maksudnya,"Sesiapa yang berpuasa Ramadan,kemudian berpuasa lagi 6 hari di bulan Syawal ganjarannya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."
  9. Puasa 'Asyura.Puasa hari 'Asyura iaitu hari ke10 Muharram.'Asyura asalnya perkataan Arab 'asyarah yang bermakna sepuluh.Sabda Nabi s.a.w.Maksudnya,"...Dan puasa hari 'Asyura menghapuskan dosa setahun sebelumnya."Hikmah puasa hari 'Asyura ini kerana bersama-sama gembira menyambut hari yang baik.Ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah semasa hijrah,baginda mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari ke10 Muharram.Apabila ditanya,mereka menjawab bahawa hari sepuluh Muharram inilah Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan Bani Israil daripada musuh mereka.Oleh itu,Nabi Musa a.s. telah berpuasa pada hari itu.Maka Nabi s.a.w.lebih berhak dengan Nabi Musa a.s. berbanding kaum Yahudi lalu baginda berpuasa pasa 10 Muharram.  

Thursday 12 April 2012

BUBUR NASI ISTIMEWA


Ini adalah masakan kegemaran anak kembar saya.Saya pasti akan menyediakan hidangan ini sekali seminggu.Ia bukan sahaja lazat tapi juga berkhasiat dan cepat serta mudah disediakan.Selamat mencuba.

Bahan

  • 1 cawan beras
  • 300 gram daging/isi ayam-blh jg letak udang,ikan atau ikan bilis
  • 100 gram ubi kentang-2 biji (direbus)
  • 50 gram sayur campur
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
  • sedikit minyak masak
  • sedikit bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit perasa
  • bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara menyediakannya

  1. Rebus beras hingga kembang
  2. Bersihkan ayam/daging (potong dadu)
  3. Masukkkan ayam atau daging ke dalam periuk (masak hingga empuk)
  4. Ubi kentang dilecek halus
  5. Masukkan sedikit perisa (mengikut citarasa)
  6. Setelah siap hiaskan dengan daun sup,daun bawang dan bawang goreng