Friday 13 April 2012

PUASA SUNAT

PUASA SUNAT YANG ELOK DIAMALKAN


  1. Puasa hari Isnin dan Khamis.Kenapa puasa hari Isnin dan Khamis ini besar fadilatnya Ini adalah sunnah Nabi s.a.w.Memang Nabi s.a.w. puasa Isnin dan Khamis.Ini kerana amalan manusia dibentangkan pada hari Isnin dan hari Khamis.Oleh itu.Nabi s.a.w. suka amalannya dibentangkan dalam hal keadaan berpuasa.
  2. Puasa tiga hari setiap bulan.Ini mungkin senang sikit nak amal.tak kisah  hari apa atau tarikh bila.Dalam sebulan ada 30 hari.Ambil 3 hari sahaja untuk berpuasa.Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan.Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13,14 dan 15 setiap bulan Hijrah.Pada 3 tarikh ini,bulan sedang mengambang penuh.Jadi cahaya bulan menerangi bumi.Sebab itulah dinamakan hari putih.Sabda Nabi s.a.w.:Maksudnya;"Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan,maka puasalah pada hari ke 13,14 dan 15."
  3. Puasa selang hari.Puasa hari ini,esok tak puasa,lusa puasa,tulat tak puasa.Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.Sabda Nabi s.a.w.:maksudnya."Seafdal-afdal puasa ialah puasa Nabi Daud.Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka sehari."
  4. Puasa pada hari Arafah bagi orang yang tidak mengerjakan haji.Hari Arafah ini adalah hari ke9 Zulhijjah.Puasa hari ini pun dahsyat fadilatnya.Rugi sangatlah kalau puasa hari Arafah ditinggalkan.Maklumlah sudah dekat dengan Hari Raya Aidiladha.Sabda Nabi s.a.w.:Maksudnya."Puasa hari Arafah,aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya."
  5. Selain itu,amatlah elok juga puasa pada hari ke8 Zulhijjah.Maknanya 2 hari berturut-turut.Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w. untuk berpuasa pada 9 Zulhijjah.
  6. Puasa pada bulan-bulan "Haram" iaitu bulan Muharram,Rejab,Zulkaedah dan Zulhijjah.Tidaklah puasa 4 bulan penuh tetapi membanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.Sabda Nabi s.a.w.:Maksudnya,"....Dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah puasa bulan Allah iaitu bulan Muharram."
  7. Puasa bulan Syaaban.Ini pun besar fadilatnya.Nabi s.a.w. memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang deceritakan oleh isterinya Aishah r.h.a.
  8. Puasa enam Syawal.Puasa ini dilakukan dalam bulan syawal sebanyak 6 hari.Boleh dilakukan secara berturut-turut atau selang-seli.Sabda Nabi s.a.w.Maksudnya,"Sesiapa yang berpuasa Ramadan,kemudian berpuasa lagi 6 hari di bulan Syawal ganjarannya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun."
  9. Puasa 'Asyura.Puasa hari 'Asyura iaitu hari ke10 Muharram.'Asyura asalnya perkataan Arab 'asyarah yang bermakna sepuluh.Sabda Nabi s.a.w.Maksudnya,"...Dan puasa hari 'Asyura menghapuskan dosa setahun sebelumnya."Hikmah puasa hari 'Asyura ini kerana bersama-sama gembira menyambut hari yang baik.Ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah semasa hijrah,baginda mendapati kaum Yahudi berpuasa pada hari ke10 Muharram.Apabila ditanya,mereka menjawab bahawa hari sepuluh Muharram inilah Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan Bani Israil daripada musuh mereka.Oleh itu,Nabi Musa a.s. telah berpuasa pada hari itu.Maka Nabi s.a.w.lebih berhak dengan Nabi Musa a.s. berbanding kaum Yahudi lalu baginda berpuasa pasa 10 Muharram.  

No comments:

Post a Comment